January272014
"KAU MEMANG (BEKAS) MENANTU COPPOLA!"
Ulasan filem HER : A Spike Jonze Love Story
Arwah datuk pernah ada alaminya bila kami kami kematian nenek tercinta dan datuk bingkas mencari pengganti. Bukan sekali tapi 2 kali. Dengan nenek tiri pertama saya, dia ada cucu yang lawa sampaikan saya siap bertanya kawan-kawan, “kalau datuk aku kahwin lagi, lepas tu dengan isteri baru dia ada ‘cucu tiri’, boleh tak aku nak kahwin dengan cucu tiri dia ni?” Bolehlah kot, sedangkan ada yg siap dengan sepupu, bukan sepupu tiri macam aku ni pun boleh kahwin. Saya baru saja berusia 20 tahun, tak selayaknya nak berumahtanggga sedangkan banyak perkara dalam hidup yang masih tunggang langgang sedang pemahaman saya tentang membina kerjaya ialah fiksyen samada yang dibaca melalui novel grafik atau yang ditonton di kaca tv. Saya tak pasti fasa kemudian saya bagaimana sebab semua orang bayangkan yang indah-indah belaka. 
Seperti Theodore, watak bawaan Joaquin Phoenix, saya dapat rasakan perasaan kesepian datuk dan rindukannya akan sebuah perhubungan sesama diri yang separuh lagi setelah berpisah dengan isteri cuma beza dengan datuk saya, Theodore berpisah dengan isteri kerana hubungan mereka yang berantakan dan melalui Her, jelas Theodore sukar untuk melepaskan isterinya (lakonan Rooney Mara) bilamana surat perceraiannya sukar ditandatangani. Rumah yang diduduki Theodore di sebuah masa depan yang saya kira hampir dengan zaman kita sekarang banyak menunjukkan imejan imbas kembali, paling jelas sekali visual katilnya. Malamnya diiisi dengan memasuki ruang sembang seks yang sama saja sejak zaman mIRC cuma kemaskini pada aplikasi telefon pintar yang kita rujuk pada aplikasi Apple Siri bila operasinya lebih mudah yakni berpandukan pada suara pemilik telefon. Ruang sembang seks menunjukkan Theodore tak mahukan sebarang komitmen malah tak mahu mengendahkan langsung akan hakikat yang dia sebenarnya kesepian yakni beban yang amat berat untuk ditangguung. Memang saya tak kahwin lagi tapi adalah satu waktu dan ketikanya bila saya ditinggalkan kekasih, nak saja saya bagitahu bekas kekasih yang saya nak masuk ruangan sembang di talian mudah alih ala ‘taip ON CINTA’ sebab sukarnya untuk menerima keadaan yang saya teruk dilukai sebegini. Dalam lapisan lain, anda dapat tangkap yang Theodore terluka.
Di tempat kerja pula, Theodore ada dedikasi pada kerja sebagai penulis surat dengan sistem suara yang mana dilihat tak tergugat walaupun diselubungi perasaan merudum dari dalam. Adakalanya ia jadi inspirasi buatnya dalam memberikan kerja yang baik, rasanyalah kalau dilihat pada pujian melangit dari rakan kerja si Chris Pratt yang adakalanya ada kepelikan dari sudut pemakaian. 
Anda lihat, visual masa depan dari Spike Jonze tak adalah jauh beza dengan apa yang kita alami sekarang. Masih juga makan, kerja, tidur, kemaskini telefon, cuti melancong dan bercinta sedang soal kepercayaan yakni agama sedikit saja yang dapat kita lihat apabila rakan Theodore, Amy berpisah dengan suaminya yang kemudian dilihat melalui pengalaman spiritual apabila dia menghantar gambar yang menunjukkan dia menjadi seorang sami. Itu sebelum kita diperkenalkan dengan aplikasi OS1 di mana sistem operasi pada telefon pintar mula menunjukkan ciri-ciri Phillip K Dick yakni mula disumbat dengan kecerdasan pintar supaya ia dapat bersifat insan kepada pemiliknya, mungkin dengan layanan yang  lebih baik daripada Jarvis terhadap Stark. Theodore memilih operator wanita yang memilih sendiri namanya sebagai Samantha untuk melihat sejauh mana kepintaran OSnya. Theodore kagum dengannya dan kemudian Theodore dirasuk olehnya. Samantha jadi manusia yang tak bertubuh, menjadi peneman buat Theodore atas rasa laranya sehingga ia dianggap sebagai kekasih yang menjadi kelaziman ketika filem terus berjalan. 
Anda lihat lagi, kalaulah ada aplikasi peneman macam si Samantha ni, mungkin datuk saya pun akan angkat satu OS1 supaya dia tak berdepan dengan komplikasi manusia yang amat memeningkan.  Bila datuk saya berkahwin pertama kali dengan nenek tiri, ia tak kekal lama. Mereka bercerai atas sebab, entahlah, dengarnya nenek tiri hendakkan harta datuk. Datuk saya kahwin lagi, nenek tiri yang kedua ini disenangi tapi cucu tirinya pula yang bermasalah dengan dadah dan tak ada kerjanya yang mungkin akan memberi kesan pada ekonomi datuk yang bakal merisaukan anak-anak dan cucu-cucunya. Di penghujung waktu, datuk saya bersendiri dengan diam di biliknya di rumah pakcik kami. Tapi kalaulah ada OS1 macam si Samantha, suara yang macam Aspalela Abdullah pulak tu, mungkin datuk dah angkat satu. Tak perlulah nak bercinta tapi jadi teman bicara, macam Theodore dan Samantha. Sebab kita yakin OS takkan punya permintaan yg bukan-bukan macam bekas kekasih atau bekas isteri.
Tapi anda lihat lagi, berkembang dan mengadaptasi sifat dan perasaan manusia adalah satu mimpi ngeri yang tak terjangka kerana kita akan temui perkara-perkara seperti cemburu, rindu, sepi, khianat dan pelbagai lagi yang dah lama beri kesan yg dalam terhadap psikologi manusia, apatah lagi kalau ia mahu dicurahkan terhadap mesin yg belum tentu bersedia menghadapi sifat negatif manusia. Ianya bukan pengakhiran yg membahagiakan bagi 2 watak yg berlainan sifat di dalam filem ini. Canggih dan pintar bagaimanapun mesin atau OS ini, ia tetap akan mengecewakan pemilik dan penciptanya, lebih teruk daripada apa yg telah dilakukan manusia. Dan manusia sepert Theodore akan melihat dia seperti memain-mainkan perasaannya sendiri. Itupun nasib baik kecerdasan pintar ini tidak bertindak seperti Cyberdine dengan menggodam sistem Skynet kerana ada perasaan yang keji, jika benar ianya mengadaptasikan perasaan manusia. Takkanlah yang dimuatnaik itu yang baik-baik belaka. 
Her arahan Spike Jonze ditulis sebagai sebuah kisah cinta tapi sebenarnya kajian terhadap perasaan manusia yang ingin dicintai, bagaimana mahu mewujudkan perasaan ini dan menghargainya. 
* HER arahan Spike Jonze kini ditayangkan di pawagam terpilih di Malaysia edaran GSC Movies.

1 note

Loading...

January72014
MENCARI MAKNA SURVIVAL DI TENGAH LAUTAN : Ulasan filem CAPTAIN PHILLIPS
Kalau saya boleh ingat dengan jelas, ada lah dua kali air mata saya nak menitik jatuh semasa pra-tayang Captain Phillips rabu lepas, tapi cepat-cepat saya kesat mata, buat-buat macam habuk masuk dan harapnya jurnalis filem mat saleh selang satu kerusi di sebelah kanan saya tak perasan. 
Damn kau, Forrest Gump! 
Di akhir cerita bagaimanapun saya tertanya-tanya juga jika tajuk filem ini tepat atau tidak sebab kita diperkenalkan dengan 2 kapten yg lebih kerap iaitu Captain Phillips sendiri dan ketua lanun Somali, Muse ‘i am the captain now’. Jack Sparrow boleh blah jauh-jauh. Mungkin filem ni boleh jadi ’ 2 Captains’ tajuknya. Dan saya sebut sekali lagi Jack Sparrow perlu dibuang jauh-jauh. Sebab kapten Forrest Gump jauh sangat dari sudut militari dan tugas dia hanya mengambil dan menghantar barang ke destinasi sedang ‘kapten lanun’ Muse ini pula pemuda Somali yg latar penduduk asalnya hanyalah berkerja sebagai nelayan. Kena faham sedikit sejarah Somalia dan apa yg membuatkan aktiviti lanun berleluasa. Ia mungkin takkan berlaku jika tiada perang saudara di Somalia yg kalau tak silap saya masih berlaku hari ini. Bila negara agak huru hara, maka bekas askar dan nelayanlah yg terpaksa mengawal kawasan perairan negara mereka sendiri. Bila kapal kapten Phillips menyeberangi laluan laut antarabangsa yg amat hampir dengan perairan Somali, lanun-lanun ini bertindak menawan kapal mereka dan menuntut wang tebusan sebanyak USD$10 juta selepas kapal dagang yg dikemudi oleh kapten Phillips dan anak kapalnya seramai 20 orang yg membawa kontena-kontena makanan cuma membawa tunai sebanyak USD$30 ribu, hanya cukup untuk bayar cukai jalan laut je. “Saya ni nampak macam peminta sedekah ke pada kamu?” reaksi Muse pada tawaran 30 ribu oleh Phillips dan anda lihat kembali visual ini, samada anda mahu gelak atau tidak. Nyawa Phillips jadi taruhan kerana 10 juta tetapi anda boleh fikir sendiri. Kalau dah ada campur tangan tentera laut Amerika yg mahu jadi wira dunia, maka lanun-lanun ini memang silap cari mangsa, tapi ini bukan filem aksi askar SWAT versi laut lawan lanun. Phillips mahukan ianya berakhir dengan aman tanpa pertumpahan darah di mana dia dapat kembali kepada keluarga dan lanun-lanun Somali ini dapat apa yg mereka mahukan tapi Amerika takkan lepaskan mereka begitu saja. 
Captain Phillips sebagai filem mungkin boleh jadi prequel kepada Zero Dark Thirty jika ia mahu menunjukkan bagaimana operasi tentera SEAL dalam menundukkan musuh mereka tetapi tidak begitu kerana elemen kemanusiaan yg ditunjukkan oleh Tom Hanks sebagai Richard Phillips yg hanyalah ‘ordinary Joe’ dalam kehidupan seharian, di mana sejak awal filem lagi dia mahu menjadi contoh survival buat anak-anaknya supaya mereka dapat pekerjaan yg baik di kemudian hari yg dilihatnya semakin mencabar berbanding zamannya dulu. Bila dia cuba mahu menunjukkan contoh yg sama kepada Muse supaya Muse dan rakan-rakan dapat membuat kerja yg lebih baik daripada melanun, yg cuma dapat dijawab oleh Muse ialah “Maybe in America… ” yg buat saya nak quote ayat si ayah dalam keluarga Perron dalam The Conjuring, “what choices did I have?” bila mereka terpaksa membeli rumah yg berhantu sebab rumah semua mahal-mahal. Kesan itu lebih terasa bagi masyarakat kita sebenarnya dengan kos sara hidup yang makin meninggi.
Survival di Amerika berbeza dengan survival di Somalia. Jika Richard Phillips berada di tempat Muse, entah apa yg bakal dilakukannya untuk kehidupan yg lebih baik sedang di awal cerita dia mahukan anak-anaknya dapat kerja dan jawatan yg bagus-bagus melihatkan saingan yg hebat di alam pekerjaan.
 Yup, ini filem tentang makna survival yg agak emosional isinya. Tengoklah sendiri sampai ke penghujungnya. Jika anda tersentak emosi macam saya, tanya semula apa yg membuatkan emosi anda tersentak? 
Arahan: Paul Greengrass. Lakonan Tom Hanks, Barkhad Abdi, Barkhad Abdirahman, Catherine Keener. [SONY PICTURES]
TEKS: NAZRI AHMADEUS

August142013
Sony Music is pleased to announce the release of the Kick-Ass 2 Original Motion Picture Soundtrack. Featuring new music by Jessie J, James Flannigan, DJ Fresh Lemon and others, the soundtrack is available via all digital service providers on August 13 and on CD August 20.
The first Kick-Ass film became an irreverent global hit when it was released in 2010 – and Kick-Ass 2 follows in its footsteps, with the music to match, thanks to a pop compilation that sparkles from start to finish.
The 14 tracks make the music as eventful as the film, with several completely new numbers. “Yeah Yeah” by James Flannigan is an instrumental track with a driving beat that sets the pace right from the start. Flannigan is known as the voice of the British pop-rock band The Stiff Dylans, who came to fame in 2008 with their hit “Ultraviolet” from the film Angus, Thongs and Perfect Snogging. “Motherquake” by DJ Fresh is another new track, first released on this compilation. The dubstep and drum-and-bass musician DJ Fresh, who had a number-one hit in the British charts Louder (with singer Sian Evans), here adds contrast to the heavy rock tracks in a quirky number with high vocals. A further new track is “Pussydrop”, catchy pop to dance to, spiced up with hints of hip hop, by the rising star Lemon, whose big voice and hot dancing are attracting attention.
Star of the show and an absolute highlight is “Hero” by Jessie J, with the punchy sound and powerful, acrobatic vocals that her fans love. The singer who has been described as “girl power personified” has produced another song full of vigour here – yet another brand-song on this memorable soundtrack.
There is much more to enjoy on this soundtrack. Danko Jones’ urgent, hoarse vocals in “Dance” from We Sweat Blood, nominated as Best Rock Album in the 2004 Juno Awards, is delivered with all the energy that this band is known for. The instrumental track “Korobeiniki” by Ozma, a rock interpretation of traditional Russian music, adds a touch of originality.The Los Angeles-based singer-songwriter Hanni El Khatib pitches in with “Nobody Move,” with heavy guitar riffs, followed by Union J’s exuberant love song “Carry You.” “Euphoria,” a song full of pleading and yearning by the Scottish indie rockers Glasvegas, is taken from their second album, Euphoric Heartbreak. Last but not least, “A Minha Menina” was the single that got the British band The Bees widely noticed following the release of their debut album Sunshine Hit Me.

July212013
 SPRINGSTEEN & I - Director: Baillie Walsh
Forty years ago, Bruce Springsteen burst onto the rock scene and changed it forever. With over 120 million albums sold worldwide and numerous awards, including a staggering 20 Grammys, his music defines a generation. Behind the songs are remarkable stories about the fans who lived by them.
This July, SPRINGSTEEN & I, will be broadcast to cinema screens worldwide exclusively by Arts Alliance Media in an ambitious, simultaneous, global big screen event. SPRINGSTEEN & I is a motion picture event created for the fans, by the fans and includes Springsteen’s most loved songs and unseen legendary performances throughout his career. A unique music documentary and collective filmmaking experience produced by Ridley Scott Associates and Mr. Wolf and made with the full support of Springsteen, his management and label.
http://www.springsteenandi.com
——————————————————————————————————————————
Filem dokumentari SPRINGSTEEN & I akan ditayangkan secara terhad dari 26 hingga 28 Julai 2013 secara eksklusif di pawagam-pawagam GSC yang terpilih di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Hanya dua tayangan sahaja untuk satu hari. Rujuk pawagam-pawagam dan harga tiket di bawah:
GSC Signature @ The Gardens Mall: RM28
GSC Mid Valley Megamall & GSC Pavilion KL: RM15
GSC 1 Utama: RM13
GSC Gurney Plaza: RM12
Tiket-tiket akan mula dijual 7 hari lebih awal dari tarikh rasmi tayangan mulai 19 Julai 2013 melalui GSC e-Payment, aplikasi GSC mobile (iPhone dan Android) dan juga di kaunter-kaunter pawagam yang mengambil bahagian. Rujuk waktu tayangan di laman web http://www.gsc.com.my

May312013
This Will Destroy You. KL stop this Sunday, show ‘em some love. Presale tickets are still available at Rock Corner outlets and bit.ly/xGrOCI
https://www.facebook.com/thiswilldestroyyou
Event Details:Date: Sunday, 2 June 2013Time: 8pm
Venue: Bentley Music Auditorium4th Floor, Wisma Bentley Music, 3, Jln PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Ticket Information:RM90 – PresaleRM120 – At the door
*Free standing
Tickets are on sale at Rock Corner outlets. (KLCC, The Curve, The Gardens, One Utama, Subang Parade)
Online booking:
http://www.soundscape-records.com/?page_id=870

Event Details:
Date: Sunday, 2 June 2013
Time: 8pm

Venue: Bentley Music Auditorium
4th Floor, Wisma Bentley Music, 3, Jln PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Ticket Information:
RM90 – Presale
RM120 – At the door

May262013

RT @pesawat Lagu baru kami “Rapuh” OST filem KIL - please share dengan semua rakyat Malaysia. KIL di pawagam 30Mei 2013!.

Loading...

May222013

ROTTWmovie : MAN OF STEEL [Warner Bros. Pictures

Jika adaptasi dari komik adiwira terkenal Superman cuba ditulis semula dengan pendekatan realistik, mungkin kita boleh sebut ianya sebagai mimpi Amerika (pendatang yang mahu diterima di tanah asing dan sebagai balasan mereka jadi patriotik dengan mempertahankan tanah baru mereka ini) atau mengambil rujukan dari kitab lama (anda bayangkanlah sendiri…). Idea penulis lakonlayar filem Man of Steel, David S. Goyer mungkin tidak lagi melihat watak ikonik Superman ini sebagai adiwira dengan status selebriti di Metropolis sepertimana filem-filem yang sebelumnya malah mungkin nama Superman tak disebut langsung di dalam filem ini. Lalu Superman digambarkan sebagai makhluk asing yang telah lama mendiami bumi sebagai manusia dan melalui Man of Steel juga, kita melihat bagaimana  reaksi penduduk bumi saat menerima kedatangan Superman yang berbeza sifatnya dengan manusia biasa biarpun secara fizikalnya atau pergaulannya tampak seperti manusia biasa.

Loading...

May192013
This Will Destroy You, often abbreviated to TWDY, is an American post-rock band from San Marcos, Texas, formed in 2005. Members Chris King (guitars), Jeremy Galindo (guitars), Donavan Jones (bass), and drummer Alex Bhore came together under the notion of pursuing a purely instrumental project, and recorded their demo — which would end up being released as is — shortly after getting together. 
The EP, entitled Young Mountain, was critically well received, and the band inked a deal with Magic Bullet Records. This Will Destroy You were back in the studio in 2007, and over the next four years the band released four albums: 2008’s This Will Destroy You, 2009’s Field Studies, 2010’s Moving on the Edges of Things, and 2011’s Tunnel Blanket.
https://www.facebook.com/thiswilldestroyyou
Event Details:Date: Sunday, 2 June 2013Time: 8pm
Venue: Bentley Music Auditorium4th Floor, Wisma Bentley Music, 3, Jln PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Ticket Information:RM90 – PresaleRM120 – At the door
*Free standing
Tickets are on sale at Rock Corner outlets. (KLCC, The Curve, The Gardens, One Utama, Subang Parade)
Online booking:
http://www.soundscape-records.com/?page_id=870

This Will Destroy You, often abbreviated to TWDY, is an American post-rock band from San Marcos, Texas, formed in 2005. Members Chris King (guitars), Jeremy Galindo (guitars), Donavan Jones (bass), and drummer Alex Bhore came together under the notion of pursuing a purely instrumental project, and recorded their demo — which would end up being released as is — shortly after getting together. 

The EP, entitled Young Mountain, was critically well received, and the band inked a deal with Magic Bullet Records. This Will Destroy You were back in the studio in 2007, and over the next four years the band released four albums: 2008’s This Will Destroy You, 2009’s Field Studies, 2010’s Moving on the Edges of Things, and 2011’s Tunnel Blanket.

https://www.facebook.com/thiswilldestroyyou

Event Details:
Date: Sunday, 2 June 2013
Time: 8pm

Venue: Bentley Music Auditorium
4th Floor, Wisma Bentley Music, 3, Jln PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Ticket Information:
RM90 – Presale
RM120 – At the door

*Free standing

Tickets are on sale at Rock Corner outlets. (KLCC, The Curve, The Gardens, One Utama, Subang Parade)

Online booking:

http://www.soundscape-records.com/?page_id=870

2 notes

Loading...

May132013
RT @Luqmanrodzi : @weareSOG Expose, ROTTW v.172

expose 

Loading...

1PM
RT @SynysterSon Haha! Baru beli magazine ROTTW. Ntah bile punye.. aku nampak dkt http://News.com  terus beli je sebab ade… http://instagram.com/p/YsOTkOxWiz/ 

RT @ImranGobino : Pasal ni la aku kenal #plagueofhappiness #thebestcover #rottw #throwback #skapunk #malaysia 
ROTTW V143, 2009, cover Plague of Happiness

fans ska cover 

Loading...

1PM

DRAMA ROTTW MALAM INI. KALIAN RASA SIAPAKAH MEREKA? HINT: SHORTNOTES...

  • Boy: gambar kita masuk majalah hmmm~ :(
  • Girl: hmm , serious gambar kite masuk majalah ? Majalah apa ? Let me see :')
  • Boy: ROTTW.. sampai awek aku marah -.-

Loading...

← Older entries Page 1 of 17